Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Atlet renang para negara, Brenda Annelia Larry yang beraksi dalam acara 50 m kuak kupu-kupu wanita hari ini berakhir di kedudukan keenam
Ini sekaligus menagguhkan hasrat beliau untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.
Perenang berusia 16 tahun ini pernah menyatakan hasrat untuk layak ke peringkat akhir sambil bercita-cita untuk memecahkan rekod peribadi beliau di Paralimpik Tokyo 2020.
Anak kelahiran Sabah ini nyata turun dengan penuh keyakinan untuk memberikan segalanya.
Namun begitu, kehadiran para atlet lain yang dilihat menggunakan sepenuhnya pengalaman dan teknik yang amat baik sekaligus menyebabkan harapan pemain ini untuk menjejakkan kaki ke final terpadam.
Dalam acara sebentar tadi, Anellia berakhir di tempat yang keenam dengan catatan masa peribadi terbaik beliau iaitu 1:00.62
Dengan ini, perjalanan beliau terhenti di peringkat ini namun para penyokong percaya, semangat dan keazaman yang ditunjukkan oleh beliau bakal menjadikannya seorang atlet yang berjaya pada masa hadapan.