Paralimpik 2020: Bonnie Bunyau Hadiahkan Emas Pertama Buat Negara

Bernama

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Atlet para powerlifting negara, Bonnie Bunyau berjaya menjulang nama negara, mengibarkan Jalur Gemilang di Tokyo hari ini. Atlet yang berusia 22 tahun itu berjaya mengharumkan nama negara apabila meraih pingat emas dalam kejohanan sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Bonnie berjaya mengenepikan cabaran atlet-atlet lain untuk merangkul pingat emas bagi kategori lelaki 72kg pada aksi sebentar tadi. Beliau yang berjaya melakukan angkatan seberat 217kg pada pusingan pertama meletakkan dirinya dalam kedudukan teratas pada peringkat awal.

Atlet para negara itu terus mengukuhkan kedudukan apabila angkatan seberat 225kg berjaya membantunya berada pada kedudukan pertama dalam perlawanan tersebut.

Bonnie turut berjaya mencipta sejarah dunia. Pada pusingan ketiga dengan angkatan seberat 228kg, beliau berjaya mencipta rekod baru Sukan Paralimpik sekaligus mengesahkan pingat emas milik negara. Sungguh luar biasa!

Terima kasih Bonnie atas usaha dan kesungguhan meraih emas pertama buat Malaysia di Temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Tahniah dan syabas wira negara!