Paralimpik 2020: Azlia Syafinaz Dan Nur Suhada Raih Tempat Ke-9

Youtube: Paralympic Games

Trending Hari Ini

Sorry. No data so far.

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Atlet berbasikal trek para negara, Nur Azlia Syafinaz dan Nur Suhada berjaya menamatkan perlumbaan pagi ini di temasya Sukan Parlimpik 2020 apabila menempatkan diri mereka di kedudukan tempat ke-9.

Dalam acara 100 m wanita (time trial) itu, Azlia dan Syuhada dilihat bertenaga dan konsisten dalam kayuhan apabila mereka mencatat 1:15.005 sebagai cacatan masa.

Pelumba negara tidak kelihatan gusar sungguhpun berdepan dengan lawan yang tidak kurang hebatnya daripada negara Great Britain dan Belanda.

Dalam perlawanan 100 m wanita (time trial) sebentar tadi, pingat emas berjaya diperoleh pelumba dari Belanda, Larissa Klaassen dan Imke Brommer. Pelumba Belanda ini turut berjaya memecahkan rekod terbaru Paralimpik dengan catatan masa 1:05.291.

Sementara itu, pingat perak dirangkul pelumba dari Great Britain manakala gangsa milik pelumba Belgium. Tahniah buat Azlia dan Suhada, anda berdua sudah lakukan yang terbaik !