Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Atlet tenis kerusi roda negara, Abu Samah Borhan menampilkan aksi terbaik ketika menewaskan lawan dari Croatia iaitu Gil Jose Pablo dalam acara perseorangan lelaki pusingan pertama.
Pemain berusia 36 tahun itu bertekad untuk memberikan segalanya dalam kempen di Tokyo ini dengan meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya layak ke kelompok 16 terbaik.
Mengulas mengenai pencapaian beliau di Rio empat tahun lalu, beliau sememangnya menyimpan azam untuk bangkit daripada kekecewaan tersebut untuk terus memberikan yang terbaik buat negara.
Dalam perlawanan sebentar tadi, Abu Samah yang berada pada ranking ke 42 dunia menang kepada lawan yang juga memberikan aksi terbaik dengan keputusan 4-6, 6-3 dan 6-2.
Sungguhpun beliau telah dibekalkan dengan kerusi roda baru sejak tahun lalu, atlet kelahiran Perak itu mengakui teknologi dari Jepun itu banyak membantunya dari segi pergerakan yang membolehkannya bergerak lebih pantas ketika membuat pukulan balas.
Pada perlawanan sebentar tadi, Abu Samah dilihat memberikan saingan dengan cukup sengit apabila tidak membenarkan Jose untuk memperoleh mata dengan mudah.
Pada set pertama, beliau memberikan laluan sukar buat lawannya itu dengan memaksa untuk bergerak ke seluruh gelanggang namun dapat dibaca dengan baik. Pada set tersebut, beliau tewas dengan keputusan 4-6.
Bersambung set kedua, Abu meneruskan kesungguhan dan perjuangan beliau untuk kembali bangkit dengan mengasak ke seluruh penjuru gelanggang.
Namun begitu, kebolehan Pablo yang menjangka hantaran lebih awal dapat dikawal dengan tenang dan akhinya beliau berjaya mendapatkan kemenangan set tersebut dengan keputusan 6-3.
Pada set ketiga pula, beliau berjaya mengatasi lawannya dengan 6-2.
Beliau tewas pada perlawanan pusingan kedua menentang Tom Egberink yang berada pada kedudukan kelapan dunia dengan keputusan 6-0 dan 6-1.
Perjalanan Abu Samah Borhan terhenti di sini namun perjuangan beliau akan sentiasa mekar dalam ingatan para penyokong.