Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) sudah merangka pelan yang lebih bernas bagi merealisasikan impian yang lebih besar selain mahu keluar daripada zon selesa yang sudah menjadi tradisi selama ini.
Usaha memenangi emas di Sukan Komanwel sebaliknya mahu menjadi pencabar dalam saingan lebih kompetitif di Sukan SEA dan Sukan Asia.
Menerusi satu kenyataan oleh Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat, usaha yang digembleng bagi merealisasikan matlamat itu badan induk berkenaan dilakukan menerusi penyenaraian atlet terbaik daripada pasukan yang baharu dibentuk termasuk Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin.
Ini juga bagi menyertai tiga temasya tahun depan iaitu Sukan SEA Vietnam, Sukan Komanwel Birmingham dan Sukan Asia Hangzhou.
Tambahnya lagi, sungguhpun ramai beranggapan bahawa Aniq dan Aznil sudah pun mengesahkan kemaraan ke Sukan Komanwel, namun beliau percaya ruang dan peluang bagi membolehkan fokus terhadap misi meraih emas dalam setiap kejohanan yang disertai.
“Saya tahu ada orang kata kalau angkat di Sukan SEA nanti akan cedera dan sebagainya. Ini yang saya hairan apabila ada orang sukan bercakap begitu. Kalau kita tengok Liverpool atau pasukan lain dalam Liga Perdana Inggeris, bermain tiga atau empat perlawanan seminggu tiada masalah pun.
“Kita perlu bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih besar dan sebab itu pendedahan adalah sangat penting. Kita juga perlu ingat tahap Sukan SEA dan Sukan Asia adalah lebih tinggi berbanding Komanwel.”