Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Layangan kad merah yang diterima pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee pada minit ke-67 cetuskan ketegangan antara Sri Pahang FC dan Sabah FC setelah dikatakan beliau cuba membangkang keputusan pengadil.
Pada sesi sidang media, beliau meminta penyokong membuat penilaian sendiri setelah menonton siaran langsung astro arena untuk mendapatkan jawapan.
“Saya rasa astro ada buat siaran langsung perlawanan hari ini kan? Jadi boleh minta komentar daripada penonton, adakah terdapat unsur kekerasan ataupun tidak?,”
Beliau turut menggambarkan rasa tidak puas hati ketika sesi sidang media dan apabila disoal mengenai kejadian tersebut, beliau mengelak untuk memberi sebarang ulasan.
“Saya taknak memberi sebarang penjelasan mengenai isu tersebut sebab saya pun belum lihat video itu lagi, sebaiknya boleh tanya penonton”
“Kalian jangan tanya soalan yang meletakkan saya dalam situasi sukar yang telah sedia sukar,” jelasnya kepada astro arena
Rata-rata penyokong Sabah meluahkan rasa tidak puas hati dengan pengadilan yang diberikan kerana sepatutnya dua sepakan penalti sekurang kurangnya diberikan oleh sabah, namun satu pun tidak dapat.
Perlawanan berakhir dengan mencatat keputusan 1-1 dengan berkongsi satu mata antara Sri Pahang dan Sabah FC.