Paralimpik 2020: Nur Syaiful Tamatkan Saingan Di Tempat Ke-7

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Selepas mengharungi kempen yang kurang menjadi semalam setelah tidak berjaya melepasi peringkat saringan renang S5 gaya bebas 200 meter (m) lelaki di Pusat Akuatik Tokyo, Nur Syaiful Zulkafli kembali menemui rentak sebenar beliau.

Perenang berusia 26 tahun itu kembali bangkit dalam acara 100m gaya bebas hari ini apabila beliau berjaya meraih tempat ketujuh di pentas final petang ini.

Pada peringkat kelayakan, Syaiful bermula di laluan ketiga menamatkan pusingan di tempat ketiga dengan catatan masa 1:16.33s di bekalang dua perenang hadal Daniel De Faria Dias dari Brazil yang mencatat masa 1:13.02 dan juga perenang Sepanyol, Antoni Ponce Bertran yang mencatatkan masa 1:13.33.

Perenang kelahiran Sarawak ini memulakan acara ini dengan penuh bergaya apabila unggul memberi saingan kepada perenang berkelas dunia yang lain. Namun begitu, pengalaman dan konsistensi yang dipamerkan amat membantunya mengharungi saingan dengan penuh bergaya.

Di peringkat akhir sebentar tadi, perenang Itali mengungguli saingan di tempat pertama dengan catatan 1 minit 09.56 saat, diikuti perenang China, Wang L di tempat kedua dengan 1:10.45s dan Faria Dias dari Brazil yang merekodkan masa 1:10.80s untuk mengakhiri saingan di tempat ketiga.

Photo: Malay Mail

Beliau juga bakal turun dalam dua lagi saingan untuk disertai 50m (gaya bebas) dan 100m kuak dada untuk meneruskan pemburuan kontinjen negara meraih pingat dalam temasya ini. Syaiful berjaya menamatkan saingan di tempat yang ketujuh, dengan cacatan masa 1.15.12 saat.

Sungguhpun kempen kali ini tidak seperti yang diharapkan, namun ia cukup untuk membuktikan bahawa atlet kita sudah memberikan yang terbaik bagi meraih pingat. Tahniah dan terima kasih Syaiful !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *