Paralimpik 2020: Nur Syaiful Raih Tempat Ke-5

Photo: Majlis Sukan Negara Malaysia

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Atlet renang negara, Muhammad Nur Syaiful menampilkan aksi yang cukup memberangsangkan pada acara 50m gaya bebas (S5) yang berlangsung pada hari ini.

Pada acara heat 1 yang berlangsung pagi tadi, Syaiful memberikan sepenuh perhatian dan komitmen untuk meraih tempat ketiga dalam kelayakan tersebut.

Nur Syaiful menamatkan acara kelayakan yang berlangsung di Tokyo Aquatics Centre itu dengan catatan masa 33.46 s sekaligus berjaya membawa dirinya ke final.

Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat meneruskan aksi terbaiknya di peringkat Final. Beliau berjaya meraih kedudukan di tempat ke-5 dengan cacatan masa 32.82 s.

Syabas buat Syaiful. Tahniah dan terima kasih wira negara, anda tetap luar biasa!