“Ni Padang Ke Kebun Sayur,” Netizen Thailand Terkejut Lihat Padang Stadium Cheras

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Para penyokong pasukan kebangsaan Thailand kelihatan terkejut melihat keadaan semasa padang di Stadium Cheras.

Seperti yang sedia maklum, Piala AFF kali ini akan menjadikan Stadium Cheras, Kuala Lumpur sebagai venue tuan rumah bagi pasukan Brunei.

Namun begitu, para penyokong skuad Gajah Perang kini mula mempertikaikan kualiti padang yang bakal digunakan sepanjang kempen tersebut.

Mereka secara terang-terangan mempertikai keadaan permukaan padang yang teruk sungguhpun cuaca hujan lebat telah menjadi salah satu punca kepada permasalahan ini.

Kebimbingan ini wujud kerana bakal menjejaskan persembahan pasukan kebangsaan mereka untuk beraksi dengan baik sungguhpun mencatatkan kemenangan selesa ke atas Brunei semalam.

“Padang bola atau kebun sayur?” ujar pemilik akaun Facebook Sirisak Klaimon yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kualiti padang yang disediakan.

Segenlintir penyokong cuba memahami keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan hujan berterusan yang telah mengubah permukaan padang sekaligus menyukarkan misi mereka kali ini.

“ Ini berpunca daripada hujan lebat di Malaysia, saya bersimpati dengan nasib jiran kita ( Thailand),” jelas Wanyai di laman rasmi Changsuek.

Thailand yang ingin mengekalkan kejuaraan yang dimenangi sejak edisi lalu berhasrat dapat memulakan kejohanan ini dengan sebaik mungkin bagi meraih mata maksimum di peringkat kumpulan.