Tak Cakap Banyak, MSN Tetap Nak 50 Pingat Emas Di Sukan SEA

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail menjelaskan bahawa tiada apa yang mustahil untuk diperoleh dalam temasya Sukan SEA yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Sungguhpun ketika ini, sasaran realisitik yang dimahukan adalah sebanyak 36 emas dilihat realistik untuk dicapai.

Walau bagaimanaun, tidak mustahil jika komitmen dan kesungguhan tinggi dipamerkan oleh atlet, sasaran 50 pingat emas mampu berada dalam genggaman.

Hal ini juga bertitik tolak daripada tinjauan dan perancangan rapi yang telah dilakukan dan melihat kepada beberapa faktor yang menyebabkan tambahan sebanyak 16 atau 17 emas lagi mampu dikutip kontinjen.

“Untuk 16 ataupun 17 lagi itu berdasarkan beberapa data yang tidak dapat kita peroleh khususnya data perkembangan prestasi lawan kita.

“Oleh kerana mereka tidak keluar, tidak bertanding dan beberapa kejohanan yang mempertemukan atlet kita dengan atlet negara lain atau saingan kita tidak dapat dilangsungkan, jadi itu menyebabkan kita tidak dapat mengagak dengan jelas keadaan mereka dan sebagainya,” katanya.

Dalam sidang media majlis itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan sasaran Malaysia adalah 36 emas, 35 perak dan 75 gangsa.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan sasaran adalah sebanyak 146 pingat.

Berdasarkan analisis semasa, terdapat 15 jenis sukan disasar menjadi penyumbang terbesar 36 pingat emas dengan terjun dan olahraga dianggap lubuk emas negara.

Kedua-dua sukan ini dijangka mampu menjelmakan lebih daripada lima emas.

Sementara itu, taekwondo, wushu, petanque, pencak silat dan bina badan antara sukan yang mampu memberikan bonus pingat emas.

Sukan Sea ke-31 dijadual berlangsung dari 12 hingga 23 Mei dengan seramai 584 atlet negara mengambil bahagian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *