Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) baru-baru ini memaklumkan kepada Harian Metro semalam bahawa mereka memberi kepercayaan sepenuhnya kepada ketua jurulatih skuad hoki negara, Arul Selvaraj bagi Malaysia Tigers mempamerkan aksi cemerlang seterusnya memburu kemenangan di Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia 2021.
Kejohanan tersebut dimaklumkan akan diadakan di Bangladesh, Disember depan. Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, aksi terbaik skuad negara dalam Siri Jelajah United Kingdom tempoh hari bakal memberikan gambaran sebenar prestasi skuad negara ketika ini.
Mengulas lanjut, Datuk Seri Subahan Kamal menagih aksi cemerlang dan meyakinkan skuad negara dalam kejohanan di Bangladesh kelak. Menurutnya, siri jelajah yang lepas adalah bukti Malaysia Tigers berada pada tahap yang terbaik.
“Semua pemain negara juga tidak terbabit pada kejohanan hoki Piala Tun Abdul Razak 2021 yang dijadual berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil dari 10 hingga 20 November ini.”
“Saya harap semua pemain dapat mempamerkan prestasi meyakinkan seperti yang dilakukan ketika siri jelajah baru-baru ini.”
Pada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia Lelaki 2021 kelak, Malaysia turut akan berdepan 5 pasukan besar iaitu India, Korea Selatan, Jepun, Pakistan dan China.