Messi Letak ‘Klausa Khas’ Utamakan Tugasan Argentina Berbanding PSG

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Lagenda bola sepak dunia, Lionel Messi telah meletakkan syarat khas yang membolehkan beliau meletakkan keutamaan tugasan bersama skuad kebangsaan Argentina berbanding kelabnya, PSG.

Pemain berusia 35 tahun itu difahamkan terdesak untuk menjulang trofi Piala Dunia pada tahun ini apabila hampir berjaya melakukannya pada tahun 2014 sebelum kecundang kepada Jerman.

Bekas bintang Barcelona itu yang menyertai PSG pada tahun lalu mempunyai klausa khas di dalam kontraknya terutamanya melibatkan tugasan bersama Argentina.

Beliau yang juga kapten buat pasukan kebangsaannya Messi meminta agar kelab membenarkan beliau untuk menyertai tugasan skuad kebangsaan sekiranya terdapat perlawanan yang bertembung dengan jadual kelab.

Messi juga dilihat tidak diturunkan pada perlawanan terakhir Ligue 1 tempoh hari untuk memberi fokus kepada persediaan menjelang Piala Dunia yang sedang berlangsung ketika ini.

PSG juga menghormati permintaan daripada beliau tatkala mereka menyedari impian Messi yang dilaporkan bakal tampil kali terakhir di pentas Piala Dunia kali ini.

Messi kini berada pada landasan terbaik apabila berjaya membawa Argentina layak ke pentas suku akhir dan bakal berdepan Belanda hujung minggu ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *