Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula memberi bayangan akan menyertai Melaka untuk saingan liga musim 2023.
Khabar angin tersebut kuat diperkatakan setelah perpindahan bekas penyerang Selangor akan ke Melaka dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Yeoh Pek Xian dalam satu ciapannya hari ini.
Perkara ini juga disokong dengan kenyataan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Datuk Paduka Nur Azmi Ahmad kepada Pek Xian dalam temubual tersebut.
Menurut beliau, pemain tersebut memaklumkan kepadanya untuk menyertai Melaka FC walaupun belum disahkan setelah diberi peluang oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk membuat pilihan memilih pasukan sendiri.
Beliau turut menjunjung kasih kepada TMJ kerana dapat berkolaborasi dengan baik bersama pemain.
“Saya menjunjung kasih kepada Tunku Mahkota Johor kerana sudi berbincang dan memberi peluang untuk pemain tersebut memilih pasukan mereka.
“Dan saya tak boleh sahkan lagi tetapi bila pemain itu sudah laporkan kepada saya, bolehlah saya jelaskan sama ada pemain itu mahu bermain untuk pasukan Melaka,” katanya.
Sebarang perpindahan pasukan oleh Pemain berusia 36 tahun itu difahamkan akan bersifat sementara kerana beliau masih terikat kontrak dengan JDT.