Mei Xing Bangga Menentang Olimpian, Kagum Jumpa Servis ‘Maut’

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Pasangan beregu wanita negara, Mei Xing dan Pei Kee menyatakan rasa bangga dan terujanyankerana dapat bermain dengan wakil daripada China, Huang Dong Ping dan Jia Yi Fan.

Huang Dong Ping merupakan pemenang pingat emas di kejohanan Olimpik Tokyo dalam acara beregu campuran manakala Jia Yi Fan pula merupakan pemenang pingat perak dalam acara beregu campuran di sukan Olimpik Tokyo tempoh hari. Kedua-dua bintang ternama ini telah beraksi dengan sangat cemerlang apabila berjaya menundukkan wakil negara.

Wakil negara, Teoh Mei Xing menganggap perlawanan semalam adalah suatu perlawanan yang berharga apabila beliau dapat beraksi menentang Olympian. Atlet muda negara itu turut menyatakan kesungguhan dirinya dan rakan sepasukan untuk beraksi sehabis baik.

“Sebenarnya kami rasa sangat bangga kerana berpeluang bermain dengan bintang Olimpik, satu ialah juara dan satu lagi pemenang pingat Perak . Jadi kita pun bermain sehabis baik dan gembira dapat melawan terutamanya macam rally ketika dalam permainan.”

Sementara itu, pasangan Mei Xing, Go Pei Kee menjelaskan bahawa ini merupakan perlawanan pertamanya bersama skuad senior negara. Beliau turut menyatakan rasa bangganya apabila diberikan kepercayaan untuk turun menentang wakil daripada China itu.

“Sebenarnya ini adalah pertandingan peringkat senior yang pertama buat saya. Saya pun bangga boleh main menentang China. Mereka punya servis bagus dan bijak mencuri mata ketika melakukan servis.”

Tambah Mei Xing, pentas Uber ini bakal menjadi medan terbaik untuk mereka mara lebih jauh. Banyak pengalaman dan pengajaran yang mereka dapat dalam kejohanan kali ini.

“Mereka banyak curi mata ketika melakukan servis, jadi itu adalah pengalaman paling baguslah kerana kita tak pernah jumpa servis yang sebegitu.”

Gandingan Go Pei Kee dan Teoh Mei Xing telah tewas straight set di tangan wakil dari China dengan 21-9 dan 21-12.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *