(Gambar) Semua Orang Jadi ‘Gila’ Jumpa Manny Pacquiao Versi Malaysia

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Tular satu hantaran di Facebook Discover ASEAN, terdapat seorang individu yang memiliki persamaan wajah dan perwatakan dengan jaguh tinju dunia dari Filipina, Manny Pacquiao.

Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai ‘PacMan’ itu merupakan salah satu peninju terbaik sepanjang zaman yang kini beralih arah kepada dunia politik apabila menjawat jawatan selaku Senator di negara kelahirannya iaitu Filipina sejak tahun 2016.

Perkara yang sangat menarik berjaya ditemui oleh para penduduk di sekitar Keningau, Sabah adalah individu yang dikatakan mirip dengan wajahnya.

Ini juga membuatkan ramai yang berpendapat bahawa wajah individu tersebut ‘sempurna’ seperti wajah jaguh tinju itu.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Aloysius Taidin. Beliau yang berusia 43 tahun itu merupakan pemuda yang berasal daripada Kampung Kabatang Baru, Sabah sudah lama dikenali disebabkan wajah uniknya persis Manny Pacquiao.

Selain itu, beliau yang bekerja sebagai seorang penoreh getah dengan berbekalkan pendapatan sebanyak RM 40 sehari sudah memeluk Islam ketika beliau bernikah dengan isterinya, Siti Faridah Sulaiman.

Wajahnya yang berkumis selain bentuk badan dan juga ketinggiannya yang mirip dengan peninju terkenal itu membuatkannya menjadi bualan masyarakat.

Aloysius menjelaskan mengenai saat pertama beliau disamakan dengan wajah peninju tersebut adalah pada tahun 2010 ketika seorang warga Tambunan yang bekerja di Singapura meluru ke arahnya bersama beberapa orang sahabatnya di sebuah restoran di Keningau menyaksikan pertarungan tinju yang menampilkan orang Filipina.

Beliau menyatakan bahawa wajah Aloysius sama dengan wajah peninju terkenal itu.

‘Dia datang ke arah saya dan bersalam sambil menyebut nama Pacquiao, namun saya menjelaskan bahawa saya bukan dia.’

‘Malah, ketika saya pergi ke Keningau dan bertemu dengan orang Filipina yang menjual cakera padat, mereka turut memanggil saya dengan gelaran itu,’ – Jelasnya kepada Great Enthusiasm Tube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *