Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Bekas jeneral tengah Kedah Darul Aman (KDA) FC, Baddrol Bakhtiar mendedahkan manifestonya sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah Ke-15.
Baddrol dipilih sebagai calon Perikatan Nasional (PN) untuk DUN berkenaan selepas meninggalkan Sabah FC beberapa minggu lepas.
Dalam satu video yang dikongsikan pengguna Twitter, Abdullah Al-Mujahid, manifesto yang dikongsikannya mengejutkan ramai.
“Ya, saya memang ada manifesto sendiri. Tapi manifesto itu akan terjadi apabila kemenangan berpihak kepada saya,” katanya secara bersahaja.
Bila ditanya lagi tentang perkara sama, Baddrol tetap dengan jawapannya. “Kena undi dulu baru boleh bagi tahu. Surprise. Dekat Kedah ni akan ada kejutan,” tambahnya.
DUN Gurun menyaksikan Baddrol bakal bersaing dengan ahli perniagaan, Firdaus Johari yang mewakili Pakatan Harapan (PH).