Malaysia Tempah Tiket Ke Piala Dunia 2022

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Hasrat Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan untuk membuat penampilan sulung dalam Piala Dunia Remaja Wanita tercapai setelah berjaya menempah tiket dalam kejohanan yang akan berlangsung di Potchefstroom, Afrika Selatan dari  1 hingga 12 April depan.

Berdasarkan satu kenyataan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) telah menjelaskan bahawa Malaysia ditawarkan untuk menyertai edisi 2022 itu oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Peristiwa ini susulan disebabkan terdapat satu slot kosong bagi benua Asia selepas Jepun membuat keputusan menarik diri untuk beraksi dalam kejohanan ini.

‘Malaysia dipilih untuk mengisi slot tersebut berdasarkan kiraan merit yang menyaksikan Malaysia berada di kedudukan kelima Asia dan KHM berbesar hati dengan peluang yang ditawarkan kepada Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan.’

’Sejak Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Wanita diperkenalkan pada 1989 di Ottawa, Kanada, ini merupakan kali pertama pasukan remaja wanita Malaysia akan membuat penampilan di kejohanan berprestij itu,’ Jelas KHM hari ini.

Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal juga tidak dapat menyembunyikan sama keterujaannya apabila menyifatkan undangan daripada FIH merupakan satu penghormatan buat sukan hoki negara.

“Selepas berbincang dengan pihak pengurusan tertinggi KHM serta Majlis Sukan Negara (MSN), kami sebulat suara bersetuju untuk menerima peluang yang ditawarkan bagi mengambil bahagian beraksi di Piala Dunia Remaja Wanita 2022.

‘Ini juga merupakan satu sejarah bagi hoki wanita Malaysia yang harus dibanggakan. Segala perancangan dan persediaan termasuk pengumuman senarai penuh pemain yang akan menyertai kejohanan ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat,’ kata Subahan kepada Bernama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *