Malaysia Sasar Jadi Negara Sukan Pada 2025

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) optimis untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sukan pada tahun 2025.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker dalam satu ucapan menjelaskan skor Indeks Budaya Sukan Malaysia Malaysia kini sentiasa meningkat saban tahun. 

Beliau memuji tindakan serta peranan semua pihak yang mengembleng tenaga dalam menganjurkan banyak program sukan di Malaysia. Tambahnya lagi, di Kementerian Belia Sukan (KBS) mereka akan sentiasa berusaha menggalakkan serta mempromosikan industri sukan tanah air. 

“Oleh itu, tanggungjawab KBS adalah untuk memastikan skor Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) sentiasa berada pada tahap yang baik. Berdasarkan skor IBSM pada tahun lalu berada pada tahap sederhana dengan nilai skor 52 secara keseluruhannya.”

Beliau dalam pada itu mengakui  bahawa tahap pembabitan rakyat Malaysia kearah pembudayaan sukan dalam kehidupan masih berada pada tahap sederhanan. Penekanan terhadap program akar umbi juga perlu dipertingkatkan dalam memastikan bakat-bakat muda dapat dicungkil sejak kecil. 

“Ini menunjukkan bahawa pembabitan Keluarga Malaysia dalam aktiviti sukan masih berada di tahap sederhana. Namun, kita harap dengan penganjuran pelbagai acara sukan di peringkat akar umbi akan meningkatkan skor IBSM setiap tahun.”

“Skor 75 adalah pada tahap memuaskan dan kita akan berusaha ke arah itu dengan pelbagai inisiatif menerusi pelaksanaan program dan aktiviti sukan,” katanya kepada Harian Metro.

Kementerian Belia dan Sukan akan sentiasa berusaha dalam memajukan dan membudayakan industri sukan di Malaysia. Masyarakat tempatan juga perlu membantu dan melibatkan diri dalam pelbagai penganjuran aktiviti sukan ke arah menjadi Malaysia sebagai sebuah negara sukan menjelang 2025.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *