Malaysia Sahkan Kedudukan Selaku Jaguh Skuasy Wanita Asia

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Pasukan skuasy wanita negara sekali lagi membuktikan mereka merupakan handalan di Asia setelah mempamerkan persembahan yang cukup baik dengan menundukkan juara bertahan Hong Kong pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia, sebentar tadi. 

Bukan itu sahaja, kemenangan itu juga sekali gus menyaksikan prestasi cemerlang dapat dikekalkan selepas berjaya merangkul kejuaraan di Terbuka Malaysia sebelum ini.

Pada perlawanan akhir itu, pemain berpengalaman negara, Rachel Arnold tidak menghadapi masalah untuk membenam cabaran Liu Tsz Ying 11-6, 8-11,11-7, 11-2 dalam tempoh hanya 32 minit.

Walaupun tewas pada set kedua, Rachel bangkit pada perlawanan seterusnya dengan penuh semangat untuk memastikan kemenangan berpihak kepadanya.

Sungguhpun begitu, perlawanan kedua pula menyaksikan wakil dari Hong Kong, Tong Tsz Wing berjaya menyamakan kedudukan apabila berjaya menundukkan wakil negara, Ainaa Amani.

Perlawanan yang cukup sengit itu menyaksikan wakil negara terpaksa berpuas hati setelah te dengan keputusan 11-8, 11-6, 6-11, 11-9 dalam tempoh 41 minit .

Ini menyebabkan harapan negara beralih arah kepada perlawanan terakhir yang melibatkan pertemuan antara Aifa Azman dan Ho Tze Lok dalam usaha memastikan kejuaraan milik Malaysia.

Aifa yang juga merupakan juara Terbuka Malaysia sebelum ini tidak berdepan sebarang masalah untuk memenangi perlawanan ke atas Tze Lok dengan keputusan 11-4, 11-3, 11-6 dalam tempoh 21 minit sekali gus menjadikan kejuaraan milik Malaysia. 

Ini juga merupakan kemenangan ke-10 buat pasukan wanita sekaligus menamatkan penantian selama hampir 5 tahun, kali terakhir skuasy berpasukan Asia Wanita bergelar juara adalah pada 2016 apabila berjaya menewaskan India.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *