Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pasukan wanita Malaysia berjaya memperagakan aksi yang cukup memberangsangkan untuk mengikat jiran tetangga, Singapura dengan keputusan seri 0-0.
Jacob Joseph menurunkan kesebelasan terbaiknya pada perlawanan ini dalam usaha untuk meraih mata brharga pada perlawanan pembukaan ini.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Memorial Rizal, Manila ini menyaksikan pasukan negara bermula dengan cukup baik untuk mengawal keadaan.
Walau bagaimanapun, mereka juga kerap ditekab oleh barisan serangan pasukan Singapura apabila gerakan dari bahagian sayap hampir-hampir membuahkan hasil.
Bersambung babak kedua, Malaysia terus menggandakan usaha untuk mencari gol pembukaan namun hasrat ini dihalang oleh kekebalan barisan pertahanan Singapura.
Malah, kesilapan-kesilapan mudah seperti kehilangan penguasaan bola dan juga kawalan yang kurang cermat menyebabkan pasukan negara kurang mendapat rentak pada perlawanan ini.
Ini menyebabkan Malaysia berjaya mencuri satu mata dan sekaligus dapat meningkatkan moral dan motivasi pemain selepas ini.