Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Malaysia tidak berdepan sebarang masalah untuk mengatasi cabaran Kemboja malam ini.
Aksi persahabatan antarabangsa tier 1 ini merupakan medan ujian Kim Pan-gon untuk membentuk gandingan muka baharu.
Tidak menunggu lama, Harimau Malaya membuka tirai jaringan menerusi kapten pasukan, Faisal Halim yang mudah menewaskan penjaga gol lawan.
Tidak terhenti si situ, kelibat pemain naturalisasi negara, Lee Tuck terus mencuri perhatian apabila menjaringkan gol dalam debutnya bersama skuad kebangsaan pada minit ke-38.
Babak pertama ditamatkan dengan begitu baik apabila Faisal Halim sekali lagi menjadi duri dalam daging untuk meletakkan pasukan 3-0 di hadapan.
Babak kedua menyaksikan Malaysia melakukan beberapa perubahan namun Kemboja kelihatan sudah bersedia untuk menahan asakan tuan rumah.
Stuart Wilkin melengkapkan malam gemilang Malaysia dengan gol keempat hasil bola muntah kapten pasukan, Safawi Rasid.
Keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan yang menyaksikan Harimau Malaya menang dengan keputusan 4-0.