Malaysia Berpeluang Cipta Sejarah, Lawan Korea Selatan Di Final

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.


Malaysia kini berpeluang untuk menamatkan penantian selama lebih 39 tahun untuk mencipta sejarah pada pentas final.

Pasukan negara berdepan misi mencabar pada aksi hoki Piala Sultan Azlan Shah apabila dijadualkan berdepan dengan Korea Selatan pada final esok.

Pertembungan dengan juara tiga kali, Korea Selatan ini sudah pasti mahu ditebus selepas Speedy Tigers  tewas 3-0 dalam aksi pertama.

Namun begitu, namun Malaysia mempamer aksi meyakinkan dalam tiga perlawanan terakhir untuk layak hingga ke pentas akhir.

Mengulas lanjut, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberikan pujian atas persembahan yang ditunjukkan skuad bimbang Arul Selvaraj termasuklah ketike membenam Jepun dengan keputusan 4-2 kelmarin.

Kini, mereka berada pada landasan terbaik untuk bergelar juara pada edisi kali ini.

“Kita tidak pernah muncul juara kejohanan ini dan ini masa terbaik untuk menang.”

“Momentum, kerja berpasukan dan bermain dengan bijak amat penting kerana dari segi kemahiran, kelajuan stamina kita boleh kalahkan mana-mana pasukan tapi saya nampak kekuatan mental perlu kita perbaiki,” katanya dalam satu kenyataan oleh Utusan Malaysia.

Beliau juga berusaha keras untuk melonjakkan martabat dan kedudukan hoki agar lebih ramai rakyat Malaysia memberi sokongan terhadap sukan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *