Malaysia Bakal Uji Bangladesh Sekali Lagi

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Pasukan bola sepak wanita negara kini dalam landasan terbaik untuk tampil cemerlang pada Kejuaraan Wanita AFF 2022.

Skuad berbakat kendalian Jacob Joseph ini sudah pun menjalani sesi latihan buat hari ketiga dalam usaha untuk tampil dengan lebih cemerlang pada kejohanan kali ini.

Kejuaraan Wanita AFF 2022 ini bakal diadakan di Binan City, Filipina pada 4 hingga 12 Julai ini sekaligus memberi masa yang mencukupi buat pengendali negara ini mencari pasukan terbaik.

Oleh yang demikian, pasukan wanita negara bakal turun untuk menguji kemampuan Bangladesh pada 23 dan 26 Jun ini.

Perlawanan yang bakal berlangsung di Sylhet, Bangladesh ini merupakan Perlawanan Antarabangsa Tier 1 dan menjadi medan terbaik buat Jacob untuk mengenal pasti beberapa aspek penting yang perlu diperbaiki.

Seramai 30 orang dipanggil untuk menjalani latihan pusat kali ini bagi membentuk skuad yang mantap.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan bahawa ini merupakan persediaan bagi skuad Malayan Tigress di bawah kendalian Jacob Joseph untuk menghadapi Kejuaraan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) Wanita 2022 .

Skuad kebangsaan akan memulakan kempen di Manila menentang Singapura pada 4 Julai, manakala Indonesia (6 Julai), Filipina (8 Julai), Thailand (10 Julai) dan Australia (12 Julai).

Aksi separuh akhir pula dijadualkan pada 15 Julai dan diikuti final pada 17 Julai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *