Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Bekas bintang muda Kedah, Mohd Khyril Muhymeen bin Zambri bakal menjadi taruhan buat pasukan PJ City FC dalam saingan Piala Malaysia yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Penyerang kelahiran Alor Setar ini telah membuktikan aksi cemerlangnya ketika beraksi di saingan Liga Super musim ini apabila berjaya membantu PJ City mengakhiri saingan liga di kedudukan ketujuh.
Khyril yang kini mencecah usia 34 tahun masih konsisten memberikan aksi terbaik setiap kali diberi peluag oleh P. Maniam untuk turun bermain. Bukan itu sahaja, Khyril masih membuktikan ketajamannya di hadapan gawang apabila meledak 3 gol dalam 4 perlawanan terakhir bersama pasukan.
Bekas pemain Selangor ini dilihat sebagai prospek terbaik PJ City di bahagian serangan memandangkan kebolehan beliau untuk diletakkan pada posisi yang berbeza. Selain diletakkan sebagai penyerang tunggal, P. Maniam juga kadang kala mempertaruhkan Khyril bermain di bahagian sayap kanan dan sayap kiri.
Selain memiliki kelincahan dan kebolehan mengawal bola di kaki dengan baik, Khyril juga terkenal dengan kemampuan tandukan yang sangat baik . 2 gol yang terhasil ketika di liga super adalah hasil tandukan cantik yang berjaya menewaskan gawang lawan.
Pasukan yang terkenal dengan jolokan #YakiniLokal ini akan beraksi di peringkat kumpulan bersama Juara Liga Super 2021, JDT, Sabah FC dan satu slot pasukan tempat keempat daripada Liga Premier. Peminat dan penyokong bola sepak tempatan pasti tidak sabar untuk menyaksikan saingan Piala Malaysia bermula.
Kemampuan pasukan PJ City tidak boleh dipandang rendah ketika pasukan ini sudah pasti mahu memberikan persembahan yang terbaik untuk terus melayakkan diri ke pusingan seterusnya.