Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora kini menghadapi kesukaran di Mexico apabila pasukan bawah kendaliannya semakin merudum dalam saingan liga sejak kebelakangan ini.
Beliau yang membuat keputusan untuk kembali ke Mexico atas tujuan peribadi setelah meninggalkan JDT telah pun meneruskan karier kejurulatihan bersama Atlas.
Sebelum itu, prestasi pasukan itu sangat membanggakan dalam 5 perlawanan awal pada musim ini.
Walau bagaimanapun, keadaan mula tegang apabila kelab gergasi itu tidak berjaya mengekalkan kedudukan yang diharapkan.
Malah, Atlas difahamkan hanya merekodkan 5 perlawanan seri dan 3 kekalahan dalam 8 perlawanan.
Atlas kini berada pada tangga ke-15 Liga Mexico dan hanya terlepas 3 mata daripada kedudukan kedua tercorot.
Pencapaian pasukan yang lebih dikenali Los Rojinegros mula membimbangkan Mora kerana kegagalan pertahanan pasukan yang hanya mampu menjaringkan 11 gol dan bolos 14 sepanjang 9 perlawanan.
Mora perlu bertindak dengan pantas untuk kembalikan rentak pasukan itu untuk berhadapan Club Tijuana esok.