Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pemain Harimau Malaya, Luqman Hakim yang kini bersama kelab baharunya FK Njardvik mempunyai hasrat berkasi di Lithuania tetapi terpaksa dibatalkan.
Luqman Hakim mengaku telah mendapat tawaran dari sebuah kelab di Liga Lithuania, namun banyak hal yang menghalang beliau untuk teruskan bakatnya ke sana.
Pemain yang berusia 20 tahun itu dikatakan sudah mengembangkan kariernya selama 3 tahun di Belgium bersama KV Kortrijk.
Menerusi satu temubual dalam talian bersama Era FM, beliau mengatakan bahawa terdapat beberapa lagi tawaran yang diperolehi melalui pengurusnya sebelum memilih ke Iceland.
Menurut beliau, ada satu tawaran untuk beraksi di Liga Lithuania bersama kelab liga utama di sana namun terpaksa dibatalkan kerana ada halangan untuk beliau ke sana.
“Saya ada menerima tawaran daripada Liga Lithuania tetapi saya tidak dapat pergi.”
“Kelab tersebut tidak mampu memenuhi jumlah yang sama seperti saya terima di KV Kortrijk, jadi saya memilih untuk ke Njardvik,” jelasnya.
Beliau pernah menjelaskan bahawa keputusan beliau kerana kesungguhan ketua jurulatih kelab untuk mendapatkan khidmatnya.
Buat masa sekarang Luqman masih belum dapat beraksi lagi untuk kelab kerana menunggu permitnya selesai. Njardvik difahamkan sedang berkerja keras untuk selesaikan kertas kerja perpindahan beliau.
Walaubagaimanapun, Luqman bakal diturunkan bagi aksi perlawanan latihan tidak lama lagi.