Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pasukan Liga Utama Belgium, KV Kortrijk kini dalam dilema setelah pemain muda sensasi mereka, Luqman Hakim Samsudin difahamkan telah menarik minat dua kelab Eropah.
Perkara ini telah pun disahkan oleh Pengarah Bukan Eksekutif KV Kortrijk (KVK), Amin Fuad tentang masa Luqman Hakim di sana setelah mamasuki tahun ketiganya .
Pemain berusia 20 tahun itu dikhabarkan bakal dipinjamkan ke salah sebuah kelab di Liga Eropah yang jelas berminat untuk membawa masuk pemain ini ke dalam kesebelasan utama mereka.
Mereka nyata berpuas hati dengan impak yang ditampilkan oleh anak jati kelahiran Kelantan ini bersama skuad bawah 21 (B-21) KVK di Belgium.
“Perbincangan dah memasuki 60 peratus dan jika semua pihak bersetuju dia akan dipinjamkan.”
Pemain pasukan kebangsaan itu akan menyertai salah sebuah pasukan menerusi pinjaman semusim untuk mengembangkan lagi kariernya.
“KVK amat berpuas hati dengan peningkatan yang ditunjukkan Luqman bersama skuad B-21. Beliau l kini dianggap tonggak utama serta beberapa kali berjaya tersenarai dalam skuad senior KVK.”
“Prestasi yang baik itu terutamanya ketika bersama pasukan B-21, terdapat dua kelab di Eropah ketika ini yang mahukan khidmat Luqman untuk bermain dalam skuad utama kelab terbabit,” jelasnya kepada Arena Metro.
Nama kelab bagaimanapun belum didedahkan kerana masih dalam proses perbincangan sebelum kata sepakat dicapai antara kedua-dua pihak.