Luar Biasa, Ini Realiti Padang Divisyen Bawahan Di Jepun

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Kelab-kelab bola sepak di Malaysia perlu sedar bahawa bukan pengurusan pasukan sahaja yang perlu menjadi diutamakan dalam sesebuah pengurusan.

Stiuasi ini jelas boleh dijadikan ukuran sekiranya ingin dibandingkan dengan landskap bola sepak Jepun yang jauh meninggalkan kita.

Kebanyakan kelab tempatan di negara kita hakikatnya masih lagi berdepan dengan isu ketandusan padang.

Kelab-kelab di Malaysia secara amnya lebih banyak digunakan untuk mengukuhkan pasukan dengan membawa masuk pemain-pemain baharu.

Malaysia seharusnya mencontohi pegurusan pasukan yang ditunjukkan di jepun. Mereka bukan sahaja ingin mengekalkan momentum pasukan malah mereka sangat menitikberatkan kualiti padang sebagai elemen utama permainan.

Kelab-kelab bola sepak di negara Jepun lebih kedepan berbanding negara Malaysia. Hal ini kerana, negara tersebut bukan sahaja mementingkan atau mengekal momentum pemain sahaja, malah mereka sangat menitik beratkan kualiti padang.

Hal ini telah dikongsikan oleh Ahmad Ridzuan, Ketua Analisis Pasaran MakanBola mengenai keadaan padang sebuah kelab bola sepak divisyen 7 jepun, Kisarasu Rovers.

Padang tersebut jelas berada dalam keadaan yang amat baik malah lebih baik kualiti padang di liga utama beberapa negara di Asia.

Selain memiliki padang sendiri, kisarasu juga menyediakan, beberapa fasiliti terbaik buat pemain-pemain seperti gimnasium dan klinik osteopati.

Dengan padang dan fasiliti yang baik, kelab Kisarazu wajar dijadikan contoh buat kelab-kelab di Malaysia. Ini kerana perkara asas seperti padang perlulah diberikan keutamaan agar taktikal pasukan dapat diterjemahkan di atas padang dengan jayanya.