Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Khabar angin seorang pemain naturalisasi JDT, Liridon Krasniqi bakal sertai Terengganu menjadi tanda tanya.
Menerusi perkongsian di Twitter oleh laman penyokong Terengganu memperlihatkan pemain berusia 31 itu sedang makan bersama dengan salah seorang pemain import Terengganu, Argzim Redzovic di Thailand.
Situasi tersebut telah dikaitkan dengan petunjuk baharu bahawa beliau bakal sertai Terengganu.
Namun begitu, beliau difahamkan baru sahaja meninggalkan kelabnya, Khon Kaen United bulan lalu walaupun pada masa yang sama masih memegang status pemain Johor Darul Ta’zim (JDT).
Setakat ini, status pemain itu belum disahkan oleh mana-mana kelab yang berkenaan.
Skuad Penyu kini sedang menjalani perlawanan pra-musim di Bangkok, Thailand bagi persediaan menghadapi liga super musim 2023 Februari ini.
Pertembungan Pasukan tersebut menentang kelab Bangkok FC mencatat kemenangan baharu buat Terengganu selepas seri pada aksi pertama tempoh hari menentang Rajpracha FC.