Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pemain pinjaman Terengganu, Liridon Krasniqi difahamkan tidak boleh diturunkan bagi aksi berdepan JDT di Piala Sumbangsih.
Hasrat penyokong Skuad penyu untuk melihat aksi pemain baharu mereka itu akhirnya berkubur.
Pemain secara pinjaman daripada JDT itu adalah bagi memperkukuhkan lagi pertahanan tengah pasukan tersebut.
Namun begitu, hasrat pemain berusia 31 tahun itu tidak dapat diteruskan susulan skuad kendalian Tomislav Steinbruckner dalam misi memburu trofi pertama musim ini.
Liridon tidak dapat beraksi kerana perlu mematuhi perjanjian yang ditandatangani dalam kontrak pinjaman antara pasukannya dengan JDT.
“Sudah tentu kami sangat teruja untuk melihat aksi Liridon beraksi sebagai pemain tengah untuk melengkapkan posisi tersebut, malangnya beliau tidak dapat turut sertai dalam perlawanan piala Sumbangsih kerana perlu mematuhi kontrak antara TFC dan JDT.”
“Saya juga telah mempersiapkan sesuatu kelainan dalam pasukan bagi berdepan JDT. Kami berharap ia akan berhasil supaya kejayaan akan menyebelahi kami sekali gus mencatat kemenangan pertama dalam liga Malaysia.”- katanya menerusi Arena Metro.
Terengganu FC juga disahkan oleh Steinbruckner akan kehilangan dua orang lagi pemain selain Liridon termasuklah tonggak tengah import, Habib Haroon dan Faiz Nasir.
Menurutnya lagi, Habib kini direhatkan lagi dua hingga tiga minggu setelah mengalami kecederaan Harmstring, manakala pemain sayap Faiz Nasir belum pulih sepenuhnya.
Kini, kedua-dua pasukan itu sedang mempergiatkan usaha untuk beraksi dalam perlawanan Piala Sumbangsih yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim bagi merebut trofi kejuaraan musim 2023.