Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Perseorangan utama negara, Lee Zii Jia seakan tiada jawapan kepada badi kekalahan yang dialaminya sejak kebelakangan ini. Kali ini, Zii Jia tunduk kepada wakil Jepun, Kenta Nishimoto dalam pertarungan tiga set pada pusingan pertama Terbuka Jepun.
Ini merupakan kekalahan kali keempat yang dialami pemain profesional negara itu dalam pusingan pertama kejohanan Persekutuan Badminton Sedunia (BWF).
Sebelum ini, Zii Jia turut ditunjukkan jalan keluar dalam Terbuka Singapura, Terbuka Indonesia dan terbaru, Terbuka Korea Selatan.
Set pertama menyaksikan anak jati Alor Setar, Kedah itu pada awalnya ketinggalan pada kedudukan 13-8 sebelum berjaya merampas set pertama menerusi kemenangan 22-20.
Ramai menyangka Zii Jia sudah mula mengawal permainan dengan satu ketika mendahului 8-2. Tetapi Nishimoto bangkit memastikan kemenangan 21-17 untuk mengheret perlawanan ke set ketiga.
Set ketiga menyaksikan Zii Jia dan Nishimoto bersaing sengit merebut mata dengan satu ketika, kedua-duanya terikat 15-15. Tetapi pemain nombor 11 dunia itu meraih kemenangan pada akhirnya dengan keputusan 21-19.