Lee Hup Wei Beri Bayangan Untuk Bersara

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei menjangkakan bahawa Sukan Asia di Hangzhou, China tahun hadapan merupakan medan terakhirnya membawa nama negara sebelum mengumumkan persaraan. 

Anak jati Selangor itu berpendapat penyertaan dalam beberapa kejohanan lain amat penting ketika ini untuk melayakkan dirinya ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Terdapat lebih 10 kejohanan yang bakal disertai Hup Wei sebelum mencapai sasaran layak ke Piala Asia 2022.

“Saya bercadang mahu bersara selepas berakhirnya Sukan Asia dan untuk itu akan berusaha mencipta keputusan positif pada penyertaan di beberapa kejohanan lain supaya layak ke Komanwel dan Asia.”

“Jika diikutkan, tahun depan ada lebih kurang 10 kejohanan bakal sertai dan berharap dapat menyertainya untuk meningkatkan lagi keupayaan seterusnya mencapai sasaran ditetapkan.”

Jaguh lompat tinggi yang berusia 34 tahun ini juga optimis untuk memecah rekod kebangsaan sebelum beliau bersara. Buat masa sekarang, tidak ada masalah kecederaan yang dihadapinya ketika ini.

“Sekarang ini saya tiada masalah kecederaan cuma perlu banyakkan latihan untuk capai tahap terbaik dan mampu sekurangnya memecah rekod kebangsaan,” katanya kepada Berita Harian kelmarin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *