Lee Chong Wei: Kemenangan Kean Yew Jadi Contoh Terbaik Untuk Pemain Kita

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Bekas jaguh badminton dunia, Lee Chong Wei tampil memberi komentar berkenaan prestasi semasa atlet perseorangan lelaki Singapura, Loh Kean Yew yang baru-baru ini telah dinobatkan sebagai juara di kejohanan BWF World Championship di Sepanyol.

Loh Kean Yew berjaya mencipta kejutan untuk menumpaskan K Srikanth dari India dengan kemenangan straight set, 21-15, 22-20 pada Ahad lepas. Meskipun kemenangan Kean Yew menerima tamparan hebat buat kem badminton negara, namun Chong Wei tetap menganggap perkara dari sudut positif buat wakil negara.

“Kemenangan Kean Yew adalah contoh terbaik untuk pemain kita. Dia bukan datang dari negara jaguh tapi boleh menang kejohanan dunia. Apa-apa pun boleh berlaku.”

“Semoga Zii Jia kembali fokus, dapat keyakinan balik dan terus bersemangat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Kejayaan itu menyaksikan Kean Yew muncul sebagai pemain Singapura yang pertama merangkul gelaran juara dunia. Setakat ini, masih belum ada wakil dari Malaysia yang menjadi juara dalam kejohanan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *