Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Lagenda badminton perseorangan negara, Dato’ Lee Chong Wei menjelaskan bahawa Manchester United merupakan pasukan pilihannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) namun menjelaskan perasaan bercampur-baurnya terhadap pasukan tersebut susulan prestasi semasa pasukan.
Ketika ditanya, beliau tanpa berselindung mengakui bahawa pasukan The Red Devils itu merupakan pasukan kegemarannya.
Beliau menjelaskan bahawa kadangkala prestasi tidak menentu pasukan sangat memberi kesan apabila kehilangan mata mudah ketika bertemu pasukan yang seharusnya dimanfaatkan peluang tersebut dengan sebaik mungkin.
‘Saya sejujurnya sakit hati dengan prestasi Manchester United.’
‘Rasa macam nak koyak je bajunya,’-Jelas beliau sambil berseloroh.
Selain itu, bekas naib johan Keseluruhan England 2016 ini ternyata teruja dengan kepulangan semula bintang dan lagenda kelab, Cristiano Ronaldo ke Old Trafford setelah hampir 12 tahun meninggalkan kelab tersebut.
Sungguhpun begitu, Manchester United masih gagal untuk meraih keputusan positif sungguhpun telah mendahulu perlawanan dengan baik.
‘Pasukan sudah jaringkan 1 gol tetapi memberikan pasukan lawan untuk jaringkan gol 1-1 (penyamaan).’
Chong Wei turut mengakui bahawa prestasi turun naik pasukan sudah menjadi lumrah dalam dunia bola sepak .
‘Kadang apa boleh buat, menang kalah kita sokong kelab ini juga.’
Manchester United kini berada di tangga keempat dengan mengumpul 14 mata selepas 7 perlawanan, 2 mata di belakang pendahulu semasa, Chelsea.