Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Atlet lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly cemerlang mengekalkan emas yang dimenanginya empat tahu lalu di Rio apabila berjaya mengekalkannya dalam edisi Paralimpik kali ini.
Atlet kelahiran Perlis itu turun beraksi pada final kategori T20 di Stadium Olimpik Tokyo dengan reputasi selaku juara bertahan selepas merangkul pingat emas di Paralimpik Rio 2016.
Beliau dilihat tidak berdepan tugas mudah apabila pencabarnya yang lain juga memiliki reputasi yang amat baik sebelum datang ke kejohanan ini. Antara yang dimaksudkan ialah Ranki Oberoi, atlet yang berasal dari Belanda. Beliau mempunyai catatan peribadi terbaik 7.39m selain Nicholas Hum dari Australia (7.39m) dan juga atlet Croatia iaitu Zoran Talic dengan lompatan sejauh 7.32m.
Pada saingan kali ini, beliau berjaya mencatat lompatan sejauh 7.45m untuk mengatasi cabaran atlet lain dalam siri kali ini.
Sungguhpun rekod yang dilakukan di Sukan Para Asia pada tahun 2018 selaku pemegang rekod dunia tidak dapat diulang, namun beliau masih cemerlang membantu kontinjen negara untuk terus memburu pingat.
Beliau juga menjadi memegang rekod Paralimpik dengan catatan 7.60m ketika dia memenangi emas di Rio.
Sungguhpun segunung harapan diletakkan di bahu beliau, namun beliau berjaya memberi persembahan yang cukup baik pada sainga kali ini.
Pada lompatan pertama, beliau berjaya mengatasi cabaran atlet lain dengan catatan dengan lompatan sejauh 7.26 m yang meninggalkan pesaing jauh di belakang.
Beliau terus menjarakkan diri dengan pesaing lain pada lompatan kedua dengan berjaya memperbaharui catatan pada pusingan pertama.
Kini, beliau hanya bersaing dengan rekodnya sendiri dengan memperbaiki catatan dari satu pusingan ke satu pusingan yang lain. Cuaca yang kurang baik nyata merencatkan sedikit perjalanan beliau namun ia tidak menghalangnya untuk terus memperagakan aksi cemerlang.
Sungguhpun lompatan keempat beliau terbatal dan kecederan yang dialami olehnya pada pusingan kelima tidak menghalang rentak beliau.
Konsistensi dan disiplin yang ditunjukkan oleh Latif melayakkan dirinya untuk menjulang emas ketiga negara sekaligue menjadikan kempen yang berjaya pada edisi kali ini.