Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-Gon cuba menghubungi Korea Selatan tetapi tidak dilayan bagi mengatur aksi persahabatan antarabangsa FIFA tahun ini.
Beliau menjelaskan bahawa ada usaha yang dipergiatkan oleh FAM untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama Persatuan Bola Sepak Korea (KFA).
Namun, KFA tidak memberi maklum balas yang diharapkan Pan-Gon.
“Kita cuba menghubungi negara-negara eropah atau negara besar Asia untuk mengatur perlawanan persahabatan, tetapi jika negara-negara ranking rendah mengajak kita pun kita akan menolak tawaran untuk mengadakan perlawanan persabahatan”
“Keadaan ini sama juga berlaku pada pasukan dari negara-negara besar kerana mereka ingin mendapatkan rangking lawan sahaja”
“Saya ada menghubungi KFA cuba mengajak untuk adakan perlawanan persahabatan bersama FAM, tetapi mereka tidak memberikan respon yang positif, saya akan berusaha untuk membuktikan bahawa pasukan kita adalah terbaik, perlu mencapai ranking 100 keatas, jadi sebarang perlawanan dapat diatur dengan mudah,” jelasnya menerusi laporan Harimau Malaya.
Pengendalian kelahiran Korea Selatan telah mengesahkan bahawa FAM akan berdepan Turkmenistan dan juga Hong-Kong di Stadium Sultan Ibrahim bagi perlawanan persabahatan dalam kelendar FIFA Mac ini.
Pihaknya juga sedang berusaha untuk mengatur perlawanan berdepan lawan yang sepadan supaya tidak menjejaskan rangking Malaysia dalam kalangan negara-negara AFC.