Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Kontrak pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools bersama kelabnya di Republik Czech, FK Jablonec hampir sekaligus menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Pemain berusia 26 tahun itu masih lagi berkelana di Eropah sungguhpun pelbagai persoalan telah pun diajukan kepadanya berhubung masa depannya di sana.
Namun begitu, menerusi perkembangan yang dimuat naik di laman Transfermarkt, kontrak bekas bintang Club Brugge ini tamat pada hujung tahun ini.
Situasi ini sekaligus menguatkan lagi desas-desus tentang kepulangan beliau untuk beraksi di Malaysia.
Sebelum ini, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ada memaklumkan perancangan untuk membawa masuk Cools ke dalam pasukan pada tahun hadapan.
Situasi ini bagaimanapun belum dijelaskan oleh mana-mana pihak dan kekal menjadi tanda tanya.
Pemain kelahiran Sarawak ini juga tidak menyertai panggilan Kim Pan-gon untuk membawa cabaran negara ke Piala AFF kerana hal peribadi.