Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Bekas pemain pertahanan FC Ryukyu, Nazirul Che Hashim dikhabarkan akan menyertai KL City bagi saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.
Beliau yang terpalit dengan isu kecederaan yang dialami oleh pemain yang berusia 29 tahun itu menyebabkan beliau tidak lagi kekal bersama Sabah FC.
Khabar ini kuat diperkatakan apabila wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam telah mendedahkan bahawa Nazirul tidak kekal berkhidmat buat sabah lagi, malah difahamkan bakal sertai Kuala Lumpur City FC menerusi satu hantaran di Twitter miliknya.
Dengan itu, KL City sudah boleh berasa lega dengan kehadiran Nazirul yang memiliki pengalaman sekaligus bakal perkuatkan bek kiri yang sudah lama tidak mempunyai pertahanan terbaik .
Selepas Daniel Ting meninggalkan The City Boys pada 2022, bahagian tersebut menggunakan pemain-pemain berbeza yang dijadikan giliran termasuk Ryan Lambert yang sering menjadi pilihan Bojan Hodak.
Selain kehadiran Nazirul, Khair Jones juga difahamkan bakal menyertai pasukan tersebut sebagai pemain sokongan di bahagian berkenanan.
KL City berharap kehadiran dua pemain kuat ini dapat merealisasikan matlamat pengurusnya, Bojan Hodak untuk mengekalkan kedudukan yang lebih tinggi musim seterusnya.