Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pertahanan kelahiran Sarawak, Dion Cools tidak berada dalam senarai 23 orang pemain akhir yang akan dibawa ke Piala Mitshubishi Electric AFF 2022.
Pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini berada dalam senarai awal yang dipanggil oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan itu untuk menjalani latihan pusat di Wisma FAM.
Namun begitu, menerusi satu pengumuman oleh FAM hari ini, nama Cools dikesan sudah tercicir daripada perancangan Pan-gon.
Dalam senarai barisan pertahanan, nama-nama seperti Khuzaimi Piee, Sharul Nazeem, Azam Azmi, Dominic Tan terus mendapat kepercayaan untuk membawa cabaran negara.
Cools dalam penjelasan FAM memberitahu bahawa ketiadaannya adalah disebabkan urusan peribadi.
Ini juga menyaksikan 5 orang pemain juga tidak mendapat tempat untuk memacu cabaran Harimau Malaya kali ini.