Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pemain pertahanan pasukan kebangsaan, Khuzaimi Piee yang kini dilaporkan telah mengalami kecederaan tetap setia untuk bersama pasukan dalam Piala AFF walaupun hanya sebagai pemain simpanan.
Hal ini telah pun disahkan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon sekaligus membuktikan pemain berusia 29 tahun itu masih lagi mempunyai semangat yang berkobar-kobar bagi perlawanan seterusnya.
Karakter yang ditampilkan oleh khuzaimi telah mendapat perhatian pengendali kelahiran Korea Selatan itu yang memuji kesungguhannya untuk membantu skuad negara sungguhpun mengalami kecederaan yang serius.
Pan-Gon berkata, khuzaimi seorang pemain yang setia dan boleh menjadi contoh kepada rakan sepasukan bagi meraih kemenangan dalam kempen piala AFF 2022.
“Keadaan khuzaimi telah pun disahkan oleh pihak perubatan, beliau mengalami koyak di bahagian betisnya”
“Kita sedaya upaya bakal memberikan rawatan yang terbaik kepadanya dan beliau sangat profesional”
“Kami juga memerlukan dia secepat mungkin. Hari ini dia tidak bersedia (untuk beraksi) namun kami meletakkan dia di bangku simpanan kerana semangat berpasukan,” jelas beliau.
Sungguhpun harapan beliau untuk kembali tidak kesampaian, namun semangat beliau untuk terus bersama pasukan wajar dipuji.
“Dia juga sanggup duduk di bangku simpanan untuk memberi sokongan kepada semua pemain. Saya gembira mengetahui dia mahu duduk di bangku simpanan untuk memberi sokongan pemain lain.
“Saya sangat hargainya, ia menunjukkan kesetiaan kepada pasukan dan saya harap dia sembuh untuk beraksi kelak,” jelas Kim Pan-gon semasa sesi sidang media selepas perlawanan Malaysia bertemu Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
Pertahanan baharu Selangor ini dijangka akan terlepas semua aksi Piala AFF setelah disahkan mengalami kecederaan otot betis sepanjang dalam 1.6 cm.