Khairy Jamaluddin Catat Rekod Luar Biasa Di L’Etape

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Bekas Menteri Kesihatan, Khariy Jamaluddin Abu Bakar mencuri tumpuan ramai dalam perlumbaan L’Étape Johor by Tour de France 2023 hari ini. Ini selepas beliau berjaya menamatkan acara 60 km perlumbaan tersebut dengan catatan masa dua jam.

Dan yang lebih mengejutkan, ini sebenarnya penyertaan pertama Khairy dalam mana-mana acara sukan sejak pandemik Covid-19. Walaupun sudah lama tidak menyertai mana-mana acara, tahap kecergasan bekas Menteri Belia dan Sukan itu masih berada pada tahap yang bagus.

“Saya tak lakukan apa-apa sejak pandemik (Covid-19). Ini kejohanan pertama saya. Saya sudah mencuba tetapi mereka semua gila.

“Perkara utama ialah anda bersaing dengan diri sendiri, bukan dengan orang lain. Jika anda bersaing dengan orang lain, anda akan berdepan masalah,” katanya bila ditemubual wartawan Astro Arena, Raja Hisyam.

Untuk rekod, L’Étape by Tour de France adalah ‘Acara Berbasikal Amatur Terulung di Dunia’, dan siri ‘cyclosportive’ yang memberi pelumba amatur pengalaman berkayuh seperti dalam perlumbaan Tour de France.

Khairy atau mesra dipanggil KJ menyertai L’Etape Johor 2023 hari ini bersama rakan-rakan penyampai segmen pagi HotFM iaitu Farah Fauzana dan Johan Raja Lawak.