Khairul Azhan dan Kalamullah Aset Terbaik Pasukan

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Penjaga gol pasukan Selangor FC dan juga PJ City FC, Khairul Azhan dan Kalamullah Al- Hafiz sedang menikmati musim yang amat baik bersama pasukan masing-masing sekaligus menjadi watak penting bagi saingan kali ini.

Khairul Azhan yang sudah lama berada dalam arena bola sepak tempatan menggunakan sepenuhnya pengalaman yang dimiliki untuk membantu pasukan Selangor berads pada kedudukan kelima liga.

Beliau yang menyertai pasukan Merah Kuning pada tahun 2015 mula menjadi watak utama pasukan untuk mengemudi gawang gol pada musim ini.

Penjaga gol berusia 31 tahun ini telah diturunkan dalam 20 perlawanan Liga Super pada musim ini. Ini telah membuktikan kemampuan beliau untuk menggalas tugas sebagai penjaga gol utama di kelab tersebut.

Malah, penjaga gol kelahiran Kuantan, Pahang ini juga berjaya membantu pasukan untuk 4 perlawanan tanpa bolos. Sungguhpun beliau telah dibolosi hampir 26 gol secara keseluruhannya, namun prestasi Azhan wajar dipuji kerana berada pada tangga kedua dalam jumlah penyelamatan terbanyak.

Azhan telah melakukan 59 penyelamatan yang terarah ke gawang gol Selangor FC bersama-sama Kalamullah. Tangga pertama dihuni oleh penjaga gol KL City FC, Kevin Mendoza.

Kalamullah Al-Hafiz juga sedang menampilkan persembahan yang konsisten bersama PJ City pada musim ini.

Penjaga gol berusia 26 tahun ini telah membantu pasukan kendalian P. Maniam
untuk kekal bersaing dalam pentas Liga Super menerusi kecekapannya di atas padang.

Beliau telah berjaya menghasilkan 8 rekod tanpa bolos sepanjang 18 perlawanan bersama kelab tersebut. Bukan itu sahaja, beliau amat konsisten setiap kali diberikan kepercayaan untuk mengemudi gawang gol pasukan.

Baru-baru ini, penjaga gol utama ini berjaya menambah satu lagi catatan tanpa bolos apabila membantu pasukan untuk mencapai kemenangan ke atas UITM FC.

Ini pastinya memberi mereka peluang yang lebih besar untuk membarisi skuad kebangsaan jika prestasi ini dapat dikekalkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *