Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Sukan Sea Vietnam 2022 merupakan aksi seterusnya pasukan sepak takraw kebangsaan untuk mula mempamer taring setelah sekian lama tidak beraksi dalam mana-mana kejohanan antarabangsa disebabkan kekangan pandemik Covi-19 yang melanda dunia.
Pengarah teknikal Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Abdul Talib menyatakan kerisauan terhadap ketiadaan kejohanan dan perlawanan antarabngsa. Ini menyebabkan kesukaran untuk barisan kejurulatihan menguji tahap prestasi pemain ketika ini.
“Memang mana-mana jurulatih akan berasa risau tentang mutu permainan pemain termasuk juga sukan sepak takraw. Tamabahn pula kita kejohanan luar negara memang tiada lagi, jadi itu yang saya pun dapat menilai prestasi pemain masa latihan sahaja.”
Mengulas lanjut, Talib menjelaskan bahawa pasukan Malaysia tidak meletakkan sasaran yang tinggi untuk temasya akan datang namun barisan kejurulatihan akan sentiasa memantau prestasi pemain negara.
“Kita dah lama tak tengok diorang ni beraksi di peringkat antarabangsa, jadi kita tak nak menjanjikan bulan bintang namun kita akan tengok dari semasa ke semasa diorang punya prestasi.”
Kali terakhir Malaysia beraksi dalam kejohanan antarabangsa adalah pada Sukan Sea 2019 di Manila. Selain Sukan Sea Vietnam 2022 kelak, pasukan kebangsaan juga akan bersaing dalam temasya Sukan Asia Guangzhou pada September 2022.