Kemenangan Tumbangkan Pasukan Bodo Jadi Tonik Arsenal Bedil Liverpool

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.


Kemenangan yang dicatatkan oleh Arsenal ketika menewaskan pasukan Bodo/Glimt ketika saingan Liga Europa tempoh hari menjadi tonik terbaik berdepan Liverpool.

Pasukan kendalian Mikel Arteta ini turun dalam misi memburu 3 mata menentang anak didik Jurgen Klopp dalam usaha melebarkan sayap di tangga teratas liga.

Tatkala menerima kunjungan Bodo, Arsenal mempertaruhkan pasukan simpanannya namun masih kekal merekod kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan tersebut.

Pada perlawanan malam ini, Arsenal bakal melayan kunjungan The Reds di Stadium Emirates yang kini dahagakan kemenangan untuk memperbaiki kedudukan setelah kehilangan banyak mata pada permulaan saingan.

Malah, Klopp juga tidak henti-henti memberikan pujian yang menggunung terhadap pencapaian Arsenal musim ini termasuklah kecemerlangan pemain muda yang mengetuai pasukan.

Sungguhpun Liverpool menang dalam tiga pertemuan terakhir di EPL, Arsenal bakal hadir dengan barisan terkuat mereka sambil mahu memintas semula City yang sudah mengambil alih tangga teratas liga.

Arsenal juga berjaya mencatatkan 4 kemenangan dalam 5 pertembungan terakhir sambil Liverpool hanya menang 2 daripada 5 pertembungan terakhir.

Percaturan kedua-dua pasukan bakal menjadi tumpuan dalam usaha merebut 3 mata berharga dalam pertembungan kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *