Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Negeri Sembilan FC (NSFC) difahamkan telah mengadakan satu majlis sempena memperkenalkan barisan pemain pasukan Negeri Sembilan yang bakal berentap dalam liga musim 2023 di Gembox, Nilai.
Namun begitu, apa yang janggal dalam majlis tersebut adalah kelibat Herold Gouland tidak dapat dikesan sepanjang majlis berlangsung. Ini menimbulkan tanda tanya pada pihak penyokong yang hadir malam itu.
Situasi ini hangat diperkatakan setelah kurang daripada 24 jam sebelum itu gambar Goulon digunakan dalam poster iklan majlis itu tetapi kelibatnya tidak dapat dikesan di sana.
Melalui satu hantaran di laman Twitter daripada UltraJang, semasa nama Herold Goulon dipanggil oleh pengacara majlis, beliau tidak memunculkan diri sekaligus tidak memeriahkan suasana.
Keadaan ini sekali gus telah mengecewakan hasrat peminat untuk bertemu dengan pemain bintang itu.
Pemain berusia 34 tahun itu dikatakan merupakan satu-satunya pemain import yang dikekalkan bermain dengan Negeri Sembilan musim ini.
Bagi berdepan liga musim ini juga K. Devan mempersiapkan pasukan dengan kehadiran tiga lagi pemain import, iaitu Levy Madinda, Casagrande dan Vinicius Leonel da Silva.