Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pasukan Liga Super, Kelantan FC yang terletak di Pantai Timur tanah air itu dikhabarkan bakal memiliki padang baharu bertaraf antarabangsa.
Pasukan The Red Warriors itu dikatakan akan memulakan rancangan baharu dengan membuat pelaburan besar bagi menaiktaraf padang sedia ada di Stadium Sultan Muhammad IV.
Berdasarkan maklumat yang diterima dari Kelantan, berkemungkinan besar jenis rumput yang bakal digunakan adalah Zeon Zoysia.
Menerusi satu laporan daripada penulis MakanBola, Faris Zukeiman dalam laman Twitter, padang baru yang bakal dimiliki oleh Kelantan itu bakal dijadikan kegunaan saingan Liga Super 2023.
Ketika ini, padang kedua terbaik dipegang oleh padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Terengganu yang dikatakan menggunakan rumput jenis Bermuda Princess 77 selepas Stadium Sultan Ibrahim, JDT yang menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia.
Padang yang berkualiti merupakan satu perkembangan positif buat arena bola sepak tempatan dan pasukan-pasukan lain yang patut mencontohi kelab-kelab di Malaysia yang mengutamakan penggunaan padang berkelas tinggi.