Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Bekas pemain PJ City, R.Kogileswaran dikatakan membawa hala tuju baharu bersama salah sebuah kelab yang berpangkalan di Korea.
Destinasi pemain berusia 24 tahun itu mula menimbulkan tanda tanya penyokong selepas secara rasminya tidak lagi bersama pasukan Pk City dalam Liga Super 2023.
Rentetan itu, beliau juga menjadi perbualan hangat apabila dikatakan telah berpindah ke beberapa buah kelab yang berpangkalan di Singapura dan juga Thailand.
Namun begitu, spekulasi ini akhirnya terjawab melalui satu ciapan oleh wartawan terkenal, T.Avineshwaran yanh mendedahkan bahawa Kogi akan berpindah ke salah sebuah kelab di Korea.
Beliau juga berpeluang untuk menjadi satu-satunya pemain Malaysia yang berjaya menempa nama di sana.
Sebelum ini, terdapat juga beberapa pemain Malaysia yang berpindah beraksi di luar negara, misalnya Luqman Hakim Shamsudin di Belgium dan Hadi Fayyadh di Jepun.
Kogi difahamkan menyertai kelab Chungbuk Chungju FC yang bakal beraksi di liga kedua Korea (K.League 2) sekaligus berpeluang menyaksikan aksinya di pentas terbaik bola sepak Asia.
Beliau juga pernah bersama Pahang sebelum beraksi dengan PJ City dan menjadi tonggak utama buat pasukan P.Maniam musim lalu.