Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Aksi akhir saingan Kejohanan Dunia BWF 2022 hari ini menyaksikan pertembungan antara wakil negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menentang beregu dari Indonesia, Mohamad Ahsan dan Hendra Setiawan.
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tampil penuh bertenaga pada babak pertama perlawanan. Setiap asakan yang hadir menerusi gandingan Ahsan dan Hendrawan mudah disekat Aaron dan Wooi Yik. Mereka berjaya menundukkan Ahsan dan Setiawan dalam set pertama dengan keputusan 21-19.
Semangat serta pengorbanan diteruskan dalam set kedua. Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tak tunggu lama untuk menamatkan perjuangan The Daddies. Asakan demi asakan menatijahkan kepada pungutan mata sekaligus mencipta sejarah baharu buat Malaysia di bumi Tokyo.
Beregu nombor satu Malaysia sah merangkul gelara juara dunia dengan kemenangan straight set hari ini. Juara dunia baru, Aaron Chia dan Wooi Yik menang 21-19 dan 21-14.