Kejohanan Dunia BWF 2022: 3 Wakil Malaysia Tempah Slot Suku Akhir

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Tiga wakil negara tampil bergaya melayakkan diri ke pentas suku akhir dalam kejohanan dunia BWF 2022 hari ini.

Wakil pertama yang mengesahkan kemaraan adalah gandingan Goh Soon Huat dan Shevon Lai. Gandingan beregu campuran ini tidak berdepan laluan sukar membenam cabaran wakil dari Perancis, Thom Gicquel dan Delphine Delrue dengan straight set, 21-16, 21-4.

Beregu campuran kedua, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing pula tampil cemerlang menewaskan regu dari Jepun, Kyohei Yamashita dan Naru Shinoya. Tan Kian Meng dan Pei Jing menang straight set, 21-12 21-14.

Gandingan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik turut mengesahkan slot ke suku akhir kejohanan dunia 2022 selepas menewaskan beregu lelaki kedua negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin. Aaron dan Wooi Yik menang straight set, 21-17, 21-19.

Aksi terakhir hari ini melibatkan perseorangan nombor satu lelaki negara, Lee Zii Jia yang diberi tentangan sengit daripada wakil dari China. Zii Jia terpaksa akur di set penentuan apabila tewas dengan keputusan, 19-21, 21-11, 19-21.

Tiga wakil negara bakal menggalas cabaran dalam aksi suku akhir pada esok. Pentas suku akhir dijadualkan berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo, Jepun dan siaran secara langsung boleh disaksikan di RTM Klik saluran TV Okey ataupun Sukan RTM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *