Kedah Sedia Manfaatkan Undian Piala Malaysia

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Pasukan naik juara Liga Super, Kedah Darul Aman FC dilihat bakal memanfaatkan undian yang telah berlangsung petang tadi apabila mereka dijangka tidak berdepan laluan sukar untuk layak ke peringkat seterusnya.

Kedah telah diundi bersama Melaka United dan juga dua pasukan dari Liga premier sekaligus memberi laluan yang cerah buat pasukan Aidil Sharin untuk memulakan kempen dengan langkah kanan.

Bukan itu sahaja, prestasi para pemain kelab yang berpangkalan di utara tanah air itu juga sedang menikmati persembahan yang cukup baik. Penyerang import pasukan itu iaitu Kpah Sherman telah menjaringkan 13 gol dan juga mencetak 4 bantuan gol untuk melengkapkan musim gemilang pasukan.

Prestasi Tchtche Kipre juga tidak kurang hebatnya dengan memainkan peranan yang cukup baik apabila berjaya meledak 10 gol dan mencatat 14 bantuan gol sekaligus menjadi pemain paling banyak mencatat bantuan gol musim ini.

Di samping itu, kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar gah menjadi penjaring tempatan terbanyak apabila berjaya meledak 7 gol mengatasi pemain muda Terengganu FC, Hakimi Abdullah.

Secara keseluruhannya, Kedah telah berjaya merekodkan 44 jaringan sekaligus menjadikan mereka sebagai pasukan ketiga paling banyak menjaringkan gol.

Ia masih tidak dapat mengatasi pasukan JDT dan juga Selangor FC yang gah dengan keunggulan penyerang import seperti Bergson dan Ifedayo masing-masing menjaringkan 23 dan 26 gol musim ini.

Namun begitu, dengan prestasi semasa pasukan yang tewas hanya sekali dalam lima perlawanan terakhir, ia pastinya memberi suntikan terbaik buat pasukan untuk terus memperagakan aksi yang cemerlang pada kempen kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *